NASIONALISME

OBJEKTIF

 Kebanyakan penduduk di negara Malaysia kurang mengenali apakah itu semangat natiolisme. Hal ini menyebabkan segelintir rakyat Malaysia telah menganggap bahawa Malaysia hanyalah sekadar tempat tinggal dan tidak berusaha untuk mempertahankan negara sendiri. Bagi mengatasi masalah ini kita perlulah mendedahkan rakyat Malaysia mengenai bagaimanakah semangat nationalisme bermula. Mereka akan sedikit sebanyak mengerti apakah itu nationalisme dan menerapkannya di dalam kehidupan mereka.

MAKSUD NASIONALISME

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara. Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara. Selain itu, nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing. Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Salah satu daripada tokoh iaitu Hans Kohn berpendapat bahawa 'Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.'

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT

Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat. . Contoh nasionalisme
antiraja yang terdapat adalah Revolusi keagungan pada tahun 1988. Revolusi ini berlaku di England disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat. Raja James II membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang yang menyebabkan Ahli parlirnen bangkit menentangnya dengan bantuan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda. Raja James ll melarikan diri ke Perancis. Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa perlumpahan darah. Sernasa pemerintahan Mary II dan Williarn of Orange, Bill of Rights digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlirnen menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

Selain itu berlaku juga Revolusi Amerika pada tahun 1776 di mana orang Amerika menentang
penjajahan British kerana tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada empayar British. Terdapat l3 buah tanah jajahan British di Amerika. Amerika menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan tersebut seperti Akta Pelayaran. Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Penduduk tanah.iajahan di Amerika melaungkan slogan "tiada cukai tanpa perwakilan" kerana tiada wakil Amerika dalam perlimen British. Pemirnpin di tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh George washington dan mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan Amerika. Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson pada bulan Julai 1776. Perisytiharan tersebut menegaskan bahawa sekiranya sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan, kebebasan dan kebahagiaan maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu. Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783, apabila British rnengakui kemerdekaan Amerika dan sebanyak 13 buah bekas tahah jajahan digabungkan dan diberikan nama baharu iaitu Amerika Syarikat.

Seterusnya, terdapat Revolusi Perancis yang tercetus daripada idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques Rousseau dan Voltaire. Rousseau telah menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Suara rakat digelar sebagai "hasrat umum" yang merupakan kata sepakat golongan yang mempunyai kesedaran. Menurut Rooseau suara rakyat adalah lebih penting daripada institusi raja birokrasi. Sasaran golongan revolusi terhadap pemerintahan autokratik Raja Louis XVI dan golongan bangsawan. Golongan tersebut memeonopoli pelbagai keistimewaan dan membuatkan rakyat terbeban dengan pelbagai cukai. Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan politik dan seterusnya menggulingkan Raja Louis XVI . Revolusi Perancis membawa kemunculan Republik Perancis yang mengakhiri sistem pemerintahan beraja di Perancis.

Kesimpulannya, Nasionalisme di Barat mencetuskan kesedaram mengenai berjuang membangkitkan kedaulatan negara. Idea nationalisme ini membiri iktibar kepada kita tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Idea ini tersebar ke dalam gerakan nasionalisme di luar Eropah termasuklah di Asia dan Asia Tenggara.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA

Perkembangan nasionalisme di Asia menrupakan kesinambungan idea nasionalisrne di Barat kesan daripacla pertembungan yang berlaku dengan bangsa Eropah. Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti di India, China, Mesir. empayar Uthmaniyah dan Jepun. Nationalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme British. Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India pada tahun 1857 merupakan permulaan nasionalisme di India. Pemulaan nasionalisme memberikan perhatian terhadap isu sosioagama, Brahmo Samaj dan Arya Samaj yang merupakan petubuhan penting yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat. Pada penghujung abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun. Mereka menubuhkan pertemuan politik untuk menyuarakan pandangan seperti Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress dibentuk pada tahun 1885 dan Liga Muslim pada tahun 1906.Pada awal abad ke-20,muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.Mereka menggerakan semangat penentangan secara militan terhadap British. Selepas Perang Dunia Pertama, lNC ntemperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British. Tindakan ini diterajui oleh Mahatrna Gandhi yang menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India. Selepas perang dunia kedua,  INC dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India. iaitu negara India dan pakistan. pada l4 Ogos 1947. Pakistan diumumkan sebagai negara merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebasai Gabenor Jeneral Pakistan. India pula mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Ogos I947. Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama India.

    Manakala di China pula bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pernerintahan Dinasti Manchu yang dianggap sebagai orang luar kehilangan mandat. Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat. Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China. Tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China ialah Dr. Sun Yat Sen. Beliau mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat dikenali sebagai San Min Chu-i sebagai ideologi perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial. Prinsip tersebut menjadi asas kepada gerakan Revolusi China pada tahun 1911 yang berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu clan kemunculan pemerintahan republik di China.

    Seterusnya, adalah nationalisme di Empayar Uthmaniyah dan Mesir. Nasionalisme empayar Uthmaniah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan system pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini dipelopori oleh Sayyid Jamal Al-Din Al Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Dengan itu gerakan ini menyeru umat Islam berpengang kepada ajaran yang sebenar berpadukan Al-Quran dan hadis untuk perbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada penjajah. Gerakan Pan- Islamisme ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Pada tahun 1914, Empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindaspenjajah barat bangkit bersama-sama dengan Empayar Uthmaniyah.

akhir sekali, nationalisme di Jepun digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Maharaja Mikado Meji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat. Prinsip dan semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era Pemulihan Meiji yang meliputi semua gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan menjadikan Jepun sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20. Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia.

Kesimpulannya, gerakan nasionalisme di Asia adalah gerakan menamatkan penjajahan kuasa asing menuntut perubahan politik seiring dengan pembinaan negara bangsa.

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Nasionalisme di Asia Tenggara berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat seperti yang berlaku di Filipina, Burma, Vietnam dan Indonesia. Namun begitu, di Thailand, gerakan nasionalisme bersifat menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman imperialisme.

Nationalisme di Filipina muncul untuk menghapuskan penjajahan asing. Nationalisme peringkat awal berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh, Jose Rizal yang menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol dan mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol. Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 untuk mendesak Sepanyol melakukan perubahan ekonomi, politik dan sosial Filipina. Kegagalan propaganda mencetuskan idea nationalisme yang lebih radikal. Bonifasio menubuhkan Katipunan yang merupakan gerakan revolusioner menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada rakyat Filipina. Bonifacio dan Aguinaldo telah menmimpin Katipunan melancarkan Revolusi Filipina, namun usaha tersebut gagal. Aguinaldo kemudian bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya megusir Sepanyol dari Filipina. Pengisytiharan kemerdekaan 1899 Filipina tidak diiktiraf Amerika Syarikat dan Filipina diletakkan di bawah jajahan Amerika Syarikat.

Seterusnya, nationalisme di Burma ialah manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha (pongyi),(Thakin) Siswazah universiti dan golongan yang mementang imperialisme British. Peranan Persatuan Belia Buddha ditubuhkan pada tahun 1906 oleh golongan kelas pertengahandengan tujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha, memajukan pendidikan rakyat dan mengekalkan kebudayaan burma. Persatuan tersebut menggunakan isu kasut sebagai untuk membangkitkan nationalisme kerana sikap orang Inggeris yang datangkan kemarahan orang Burma kerana pakai kasut semasa masuki kuil Buddha di Burma. Perkembangan nasionalisme berikutnya dipengaruhi oleh pengenalan Perlembagaan Burma 1935 yang memisahkan Burma dengan India. Perlembagaan tersebut merangsang perjuangan ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin menubuhkan Parti Do Bama Asiayone bermakna 'kami Orang Burma' untuk memperjuangkan kemerdekaan Burma. Pemirnpin parti tersebut seperti Aung San, Kyaw Nein dan U Nu menggelar diri sebagai "Thakin" yang bermaksud tuan dan menegaskan orang Burma mesti bertuankan orang Burma. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada talhun 1937 kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.
Manakala nationalisme di Vietnam pula adalah akibat daripada sosiopolitik dan sosioekonomi selepas kedatangan Perancis pada tahun 1918. Vietnam dipelopori golongan bangsawan dan pegawai dari golongan Mandarin. Golongan tersebut memperjuangkan pemulihan sistem beraja. Muncul golongan intelekual yang meningkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis. Idea nationalisme disebarkan melaui  akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee yang mengkritik penindasan Perancis. Gerakan nationalisme menuntut hak rakyat Aliran ideologi dan bercorak rovolusi yang didokong dua aliran ideologi. Parti utama aliran nationalisme adalah Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) atau Parti Nasionalis Vietnam pimpinan Nguyen Thai Hoc manakala golongan komunis diterajui Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan Ho Chi Minh. Perjuangan VNQDD berteraskan demokrasi, nasionalisme dan sosialisme. Parti ini melancarkan pemberontakan pada tahun 1930 untuk mengusir Perancis dan menubuhkan kerajaan republik Vietnam. Peristiwa ini memberikan kesempatan kepada Perancis melumpuhkan gerakan golongan nasionalis dengan menangkap pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Cerakan revolusi menentang Perancis diteruskan oleh Ho Chi Minh melalui PKV. Pada bulan September 1945, Ho Chi Minh berjaya mengisytiharkan kemerdekaan Republik Demokratik Vietnam di Hanoi. Vietnam Utara. Beliau dilantik sebagai presiden pertama, manakala Vietnam Selatan yang belpusat di Saigon berada di barwah pengaruh Perancis dan Amerika Syarikat. Gerakan menentang penjajahan Barat diteruskan sehingga Republik Vietnam terbentuk pada tahun 1976.

    Selain itu, nasionalisme di lndonesia pada awalnya berkisarkan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda. Raden Adjeng Kartini mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita. Karya Kartini, terutama surat yang diutus kepada rakan-rakannya di Eropah dibukukan dan diterbitkan dengan judul Hilang Gelap Terbitlah Terang pada tahun 1911. Karya ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Irrggeris dengan judul Letters of Juvanese Princess. Karya tersebut mendedahkan dasar diskriminasi Belanda yang menindas dan membawa kemunduran kepada bangsa Indonesia. Kesedaran nasionalisrne seterusnya berkembang dengan kemunculan pertubuhan yang lebih tersusun seperti Muhammadiyah untuk mernpertahankan agama Islam daripada ancaman sekularisme Barat. Gerakan nasionalisme menjadi semakin radikal dengan penubuhan parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Sarekat Islam (SI). Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Partai Nasionalis Indonesia (PNl). Kepimpinan Soekarno menjadikan PNI sebagai sebuah parti yang berpengaruh.

    Akhir sekali, Gerakan nasionalisme di Thailand bertujuan mempertahankan kedaulatan negara serta menuntut penglibatan rakyat dalam pemerintahan. Nasionalisme di Thailand dipelopori oleh Raja Thailand melalui usaha diplomasi dan pemodenan. Raja Mongkut membina hubungan baik dengan kuasa Barat seperti British, Amerika Syarikat dan Perancis. Baginda memulakan langkah pemodenan dengan melaksanakan birokrasi Barat. Penasihat Barat dibawa masuk untuk melatih pegawai tempatan dalam pentadbiran kewangan, pelabuhan, kastam, ketenteraan dan polis. Guru dari Barat, terutamanya British turut dibawa masuk untuk melaksanakan sistem pendidikan Barat. Langkah tersebut membentuk imej Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat. Pemodenan negara dan dasar terbuka Raja Mongkut diteruskan oleh putera baginda, iaitu Raja Chulalongkorn untuk menjadikan Thailand negara yang bebas daripada penjajahan kuasa Barat, khususnya British.

    Nasionalisme di Asia Tenggara berkembang daripada kesedaran memperjuangkan hak bangsa dan mendapatkan kemerdekaan. Namun begitu, nasionalisme di Thailand pula berbeza kerana lebih kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

PERANG DUNIA PERTAMA

    Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman.
    Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah jajahan baru untuk membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali. Ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara negara-negara tersebut untuk mendapatkan tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik. Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman telah memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis pada tahun 1890-an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya.
    Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan Perancis terutamanya apabila Jerman telah bertindak  memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu, Britain turut memperkuatkan angkatan lautnya untuk melindungi empayar dan aktiviti perdagangan antarabangsanya.Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan Perancis, terutama dalam pengeluaran besi pada tahun 1900. Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga hampir menggugat kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah menyebabkan munculnya negeri-negeri Slav yang baru seperti Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme yang melampau,negeri-negeri kecil tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada tahun 1908 hingga 1913. 
    Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan Rusia untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya menakluki Bosnia-Herzegovina dan sasaran seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan Austria-Hungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah mendorong ke arah meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.

PERANG DUNIA KEDUA

    Perang Dunia kedua berlaku selepas 20 tahun tamatnya perang dunia pertama. Perang ini berlaku antara tahun 1933 hingga tahun 1945. Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu , pakatan berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat , Britain , Perancis dan Rusia . Pakatan yang lagi satu ialah pakatan paksi yang dianggotai oleh Jerman , Jepun dan Itali. Perang dunia kedua dilihat lebih menyeluruh berbanding perang dunia pertama dimana sewaktu perang dunia pertama hanya melibatkan negara-negara eropah , manakala dalam perang dunia kedua melibatkan negara Asia , Eropah , Afrika , dan Kepulauan Pasifik.
    Perang Dunia Kedua di Eropah meletus apabila Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939. Peristiwa tersebut menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman. Selepas peperangan diisytiharkan. Jeman memulakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki ne-gara di Eropah Barat. Jerman berjaya menawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis. Jerman menguasai hampir keseluruhan negara di Eropah Barat menjelang pertengahan
tahun 1941. Jerman melancarkan serangan udara dan laut terhadap Britain pada bulan September 1940 sehingga bulan Jun 1941. Jerman menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain. Serangan tersebut telah menjejaskan ekonomi Britain. 
    Itali, sekutu Jerman mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Perancis pada bulan Jun 1940.
Tentera ltali menyerang Perancis melalui arah selatan. manakala tentera Jerman menyerang Perancis dari arah utara. Setelah menguasai Eropah Barat. Jerman telah melancarkan Operasi Barbarossa. iaitu serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Hitler ingin menguasai Rusia, iaitu empayar terbesar di Eropah untuk mencapai cita-citanya menguasai seluruh Eropah. Operasi ini menyasarkan bandar utama
di Rusia, iaitu Leningrad, Moscorv dan Stalingrad.
    





  
    
    

    














































   

Comments

  1. Wah blog yang sangat menarik...sya dpat memahami isi yg ditulis saudari

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang jelas,, mudah difahami bagus2

    ReplyDelete
  3. Wahhh! Terima kasih di atas maklumat yang diberikan.

    ReplyDelete
  4. Wah🤩👍🏻 Penerangan yang sangat jelas dan blog yang agak menarik Terima kasih atas maklumat yang diberikan..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas penerangan yang jelas dan sangat menarik👍🏻👍🏻...Segala maklumat dan mesej yang ingin disampaikan saya dapati dengan jelas dan baik☺️☺️❤️

    ReplyDelete
  6. Info yang jelas dan difahami 👍🏻 boleh dijadikan rujukan di masa akan datang,, hebattt<3

    ReplyDelete
  7. Informasi yang menarik dan padat serta mudah difahami! Teruskan buat rencana sebegini<3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ESEI